dearsuperduperstar.blogspot.com sherlyanna-angiela.blogspot.com kauilhamkusakinah.blogspot.com najahmustapa.blogspot.com dakwahmahabbah.blogspot.com aderakukeysah.blogspot.com wawarosli.blogspot.com miszfarahanis.blogspot.com nazirahnyerr.blogspot.com superdreamland.blogspot.com

Nuffnang

Monday, 29 October 2012

Followers ke-300

Alhamdulillah followers aku dah 301 orang.Thanks sangat pada yang sudi follow dan juga singgah kat blog aku ni.Sudi-sudi lah komen ye yang mana patut di perbaiki atau pun nak bagi idea pun boleh,sangat-sangat diperlukan.

So jom tengok follower yang ke-300 ni :

  tadaa... ni lah Blog cik  Alya Natasha

ni tuannya



Nak tambah sorang lagi follower yang ke-301 :

Ni pulak blog Cik hanna Aqilah


Comel kan...Jom ramai-ramai kita terjah blog dia orang :)

Sunday, 28 October 2012

SURPRISE GIVEAWAY by FD

Nak join??? boleh klik banner ni :)


*saya join segment ni*




Mari ramai-ramai join segment ni....



SEGMENT INCREASE OUR FOLLOWERS DURING HOLIDAY

Nak join? boleh lah klik banner ni :)




Followers Sekarang :




*Jom ramai-ramai join segment ni*

Saturday, 27 October 2012

Perempuan Mangsa Utama Peragut

Salam semua.



Lepas dengar story pasal "peragut" ni tiba-tiba aku rasa nak tulis pasal story ni.Entah semenjak dua menjak ni selalu sangat dengar story pasal ragut, bukan setakat story tapi terkena pada kakak aku sendiri.Al kisahnya petang tu akak aku ambik anak dia macam biasa,tapi disebabkan anak buah aku yang kecik tu tido kakak aku hantar anak buah yang besar dulu masuk kereta(tak besar mane lah baru 3 tahun) masa dia nak ambik anak buah aku yang kecik tu tiba-tiba ada motor datang dekat dengan kereta bukak pintu kereta and terus ambik beg.Nasib baik lah beg tu sebenarnya beg baju anak buah aku,dorang ingat handbag kakak aku.jarak kakak aku dengan kereta memang dekat sangat, itu pun dorang berani juga.

Hari ni dengar story ada perempuan kena ragut dekat restoran,realy!! dekat restoran macam tak percaya je tengah orang ramai pun boleh dia ragut.Masa peragut tengah ragut handbag tu ada mekanik sebelah restoran tu kejar peragut tu.Malangnya orang yang tolong kejar tu kena tembak.Macam tak percaya tapi itu lah hakikatnya banyak jenayah ragut yang berlaku dekat negara kita ni.So kaum-kaum hawa beringatlah anda sebelum terkena.




Aku rasa semua perempuan kena ada pepper spray ni..aku pun nak beli benda ni!!



 boleh cuba ni..

Ni link tips elak daripada diragut :





korang ada tak yang pernah kena ragut?boleh share cerita kalau sudi

Friday, 26 October 2012

Korban....... berkorban sungguh!!

Salam semua




First sekali rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidiladha pada semua.Macam mana raya korang seronok tak? banyak ke lembu yang dikorbankan? hehehehe mesti seronok kan.Tapi aku raya haji ni macam tak raya je sedih benor rasa hahaha.

Patutnya aku balik semalam then tiba-tiba kakak aku tukar plan last minit nak balik hari sabtu.Kononnya aku ni nak balik dulu tapi sebab raya ni faham-faham lah tiket dah abih mana nak cari tiket last-last minit ni kan.So nak tak nak terpaksa lah balik hari sabtu,nama pun raya korban so terpaksa lah berkorban huhuhu tak gitu.Hari ni kat rumah 24 hour aku tengok tv je,malas nak ikut akak aku pergi beraya bukan apa baju raya semua kat pahang.

Dalam sedih-sedih pun dapat makan nasi dagang,haishh ada juga yang sudi hantar nasi dagang kat kita.Terima kasih sangat-sangat,nasi dagang tu memang sedap mengingatkan aku pada mama hahaha.Mama memang suka makan nasi dagang.Korang pun mesti ada kisah korang tersendiri kan hari ni,mesti ada yang sedih,gembira,marah or apa-apa je lah kan.


yang penting.....









































































SENYUM


okey sekali lagi dah cakap selamat hari raya aidiladha




Wednesday, 24 October 2012

Kenangan oktober

Salam semua,

Bulan oktober ni banyak peristiwa-peristiwa manis.So kita orang satu family pakat-pakat nak sambut 3 peristiwa bersejarah ni.Cewaaahhhh!!!

1.Annivesary mama and dady

2.Besday mama

3.Besday adik

Mulanya nak buat dekat tupai-tupai tapi disebabkan malam tu ada pelawanan bola sepak kita orang pun tukar lokasi,bukan apa tapi takut sesak kat jalan raya.Lokasi yang di pilih adalah Flaming Steamboat dekat shah alam.Sorang dikenakan RM26.90+ untuk dewasa tapi bagi kanak-kanak aku tak sure.So kalau nak maklumat lebih lanjut korang boleh tengok kat SINI.Apa-apa pun banyak pilihan kat sana sampai tak tau nak makan pe.Nama pun steamboat buffet so makan tu memang tak cover dah hahaha.Mesti makan sampai perut kenyangkan.


Okey angry bird and nemo pun ada.Dah lama cari konon-konon nak rasa sedap ke tak last-last sekali dapat juga makan.Rasa dia lebih kurang fishball lah kot boleh di katakan rasa dia macam tu lah.Mula-mula nampak excited tu sebab boleh makan angry bird dengan demo hahah.

Semua adik beradik aku ada kecuali kakak aku yang no.2 sekeluarga tak dapat hadir.Malam tu hati rasa debar-debar, wah sebab apa tak dapat nak digambarkan dalam blog ni hahah.Kira malam paling seronok sangat alhamdulilah.Hope tahun depan boleh sambut lagi macam ni.Sayang dorang semua :)



kek


Hadiah


:)


ni dah kat rumah

Friday, 19 October 2012

Jom letak link korang dekat link exchange!!

Salam semua,

Thanks sebab korang semua sudi singgah and follow blog ni.Biasanya aku selalu suruh tinggalkan link korang kat chatbox tu.Tapi bila aku tekan link korang kat chatbox tu tak keluar pun blog korang.So supaya senang aku nak blog walking sambil tu kita boleh share link blog.Korang boleh lah masukan link korang kat Link exchange

 Tekan kat situ

Masuk link korang kat situ :)


*Mari ramai-ramai share link korang* 

Thursday, 18 October 2012

Punca lelaki tak bersedia nak jumpa parent kekasih hati?


salam semua,


Setiap perempuan mesti menginginkan satu perhubungan yang serius dan tentulah nak akhirinya dengan pernikahan.Kalau di lihat pada masa kini ramai yang menjalinkan perhubungan bertahun tahun lamanya.Tapi kat mana silapnya bila tak dapat nak bawa perhubungan tu ke satu tahap yang serius.Mungkin perempuan tak ready or lelaki tak ready.


Bercinta bagai nak rak tapi bila kekasih takut nak jumpa parent you should beware.Apa guna bercinta lama-lama tapi tak boleh nak bawa perhubungan tu ke tahap yang lebih seriuskan.So aku nak share pendapat kawan-kawan aku yang sempoi tu

Punca lelaki tak bersedia nak jumpa parent kekasih hati dia?









Rasanya pendapat tu bukan boleh saja digunakan untuk lelaki malah untuk perempuan jugak.Banyak punca kenapa kekasih tak bersedia,dari sudut positif dan juga negatif.Apa pun itu hak individu masing-masing kerana setiap orang ada sebab-sebab tersendiri.Cuba lah korang fikirkan bercinta lama-lama tapi tak ready nak jumpa macam mana?

So apa pendapat korang pulak?

 


Monday, 15 October 2012

Produk kecantikan apa yang jadi pilih korang?

Salam semua,
Perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan produk kecantikan betul kan?lelaki sekarang pun dah pandai menggunakan produk kecantikan.Tapi pernah tak kadang-kadang korang rasa keliru.Produk mana yang nak pakai? sesuai ke dengan kulit muka kita? rungsing kalau fikir dan semestinya kalau boleh kita nak produk kecantikan yang terbaik untuk kulit kita.



Sekarang ni pun kalau tengok kat fb or blog ada banyak sangat produk kecantikan.Keliru kan ada yang murah ada yang mahal.Selain tu ada jenama yang korang pernah dengar dan ada juga jenama yang tak pernah dengar.Yang pasti setiap produk tu mesti kena sesuai dengan kulit muka kita.Ada tak yang pernah cuba produk kecantikkan yang menyebabkan muka dia jadi teruk?




My tips :
  1. Sebelum try produk kecantikan cuba tanya pendapat kawan-kawan or family(orang yang rapat dengan kita)
  2. Cuba cari keburukan dan kebaikan produk tu
  3. Mesti tahu fungsi produk tu
  4. Kena usha-usha dulu produk tu sebelum cuba 
  5. Hati-hati dengan produk tiruan




*So ada siapa-siapa nak share produk kecantikan korang?korang pakai produk apa yerk?*

Sunday, 14 October 2012

Jom join "Segmen Gulai Tempoyak Ikan Patin"



Disebabkan aku ni masih baru dalam bidang ni, so banyak benda aku nak kena belajar.Kalau orang tanya segmen pun aku tak tau.Hari ni nak join segmen Blog Gulai Tempoyak Ikan Patin huhuhu ni first time aku join.

Syarat-syarat nak join :
1. Sediakan satu banner ciptaan sendiri bersaiz 400x150(tak kisah nak buat macam mana)
2. buat satu entry ringkas pasal segmen ni.
3. dalam link korang tu sedia kan sekali link ni (singgah sini)
4. tinggalkan link entry korang kat ruang komen .

Senang kan??? mari ramai-ramai kite join segmen ni.

ni banner saya :)

Thursday, 11 October 2012

Ros Biru

Perempuan mana yang tak suka bunga?lagi-lagi bunga ros mestilah suka.Kalau orang bagi lagi lah suka kan.Masa aku blogwalking aku tertarik dengan satu post ni pasal maksud disebalik bunga ros.Aku memang suka ros warna biru entah tak tahu lah kenapa mungkin sebab susah nak dapat kot and warna dia yang menarik.
Tapi maksud di sebalik bunga ros biru ni


 "mustahil dan tidak dapat disempurnakan"
or
"melambangkan misteri"


Memang tersirat sungguh maksudnya itu, tapi itu sekadar maksud kalau hati dah berkenan nak buat macam manakan.


Saturday, 6 October 2012

Cute Lipstick

Hari tu masa masuk Daiso jumpa "Cute Lipstick" ni (nama lipstick ni tak ingat lah).Sebab kan bentuk dia yang cute aku pun beli.hahah Budak sekolah mesti suka kan?aku sure anak buah aku memang suka benda-benda macam ni.Bukan just bentuk yang cute tapi senang nak bawak pergi mana-mana.Warna tak terlalu terang and nampak nature sangat bila pakai.Yang penting murah!!!




 :)


bentuk jewel


 bentuk hati


ni model cilik aku hari ini hahah.

Friday, 5 October 2012

Healthy Food Today

Hari ni tiba-tiba rasa nak makan salad, aku pun ajak lah akak aku beli bahan-bahan.Pada mulanya nak buat Potato salad tapi lepas akak aku suruh campur macam-macam jadi lah salad campur.hahah.Serius aku ni jenis yang susah nak makan sayur so salad ni sangat sesuai untuk aku yang kurang gemar pada sayur ni.Senang je buat salad ni cuma malas or rajin nak buat je.

jom tengok salad yang aku buat :








Thursday, 4 October 2012

Group Cari Pasangan

Bila aku bukak fb ramai kawan aku terutama kaum adam ni suruh carikan awek

"ain cari kan sorang awek untuk aku"

 "ain kenal kan lah aku dengan kawan ko yang single and cantik"

Amboiii ingat aku agensi cari jodoh hahah.Rasanya kalau aku bukak agensi cari jodoh dah ramai pelanggan aku ni.

Tiba-tiba je tak di masa aku online ada someone invite aku dalam Group Cari  Pasangan.Wah tak sangka ada yang invite aku dalam group ni rasa lawak pun ada .Group macam ni pun ada, sape lah yang rajin buat group ni kan.So tiba-tiba dapat ideal yang tengah cari pasangan tu kan apa kate korang join group ni. 
Lagi-lagi kawan aku yang suka suruh aku carikan awek ni haa Sila lah join group ni.Pilih lah yang mana korang nak hahahah.(kidding)


 members pun ramai group ni


 ni cari awek


 
 ni group cari pasangan hahah

*Jodoh di tangan tuhan kot-kot bertemu jodoh kat sini sape tahukan*
*Aku just saja-saja nak share*

Wednesday, 3 October 2012

Cerita Twilight komedi

Heloo semua..hari ni aku nak cerita satu movie ni Vampires Suck! kenapa dengan movie ni? okey aku memang suka tengok cerita vampire ni lagi-lagi kalau hero dia hansem + putih melepak pulak tuu.hahhaah.
So cerita vampire suck ni diadaptasikan dari cerita twilight.Yang menariknya cerita ni sebab dorang tiru cerita twilight 100% dalam bentuk komedi.Memang kelakar cerita ni, yang layan twilight memang gerenti korang suka.Jom layan...





Official vampires suck trailer

Apa-apa pun memang syok layan cerita ni.....

Monday, 1 October 2012

Sedap ke 100% Pure Marine Collagen ni??

Okey hari ni aku nak cerita sikit pasal collagen yang aku baru beli ni.Korang pernah dengar tak 100% pure marine collagen? pernah kan orang kata bagus sampai masuk nona gitu.Collagen ni adalah tumbuhan marine yang kaya dengan collagen pokok kata memang 100% collagen asli sebab tu kena masak sendiri :) Kebetulan hari tu collagen ni ada promosi aku pun saja je lah nak mengatai try new produk ni..

 tadaaaaa

ni lah dia

Mula-mula collagen ni kena rendah semalam dulu then baru lah kita masak dia.Agak leceh jugak lah nak masak collagen ni.Tapi kalau sebab nak cantik sanggup kot.hahah. 

Antara kebaikan collagen ni dapat :
- mencantikkan kulit
- melicinkan kulit
- memulihara sel-sel kulit mati
- meningkatkan fungsi stomatch
- mencegah anemia
- anti-bakteria,pemecatan toksin

Tu antara kebaikannya lah ada banyak lagi kebaikan dia korang boleh cari kat internet.Lepas je masak collagen tu masukan dalam peti ais then dah boleh makan.Tapi sayangnya aku memang tak boleh nak makan collagen ni sebab baunya tersangat lah hangir!! oh loya tekak aku. Aku tak tau lah macam mana orang yang makan collagen ni boleh tahan mungkin dah biasa kot.Aku just guna hampas dia je untuk jadikan masker.So ada tak sape-sape yang try makan collagen ni boleh share.

ni yang belum masak