Sebenarnya dah lama aku nak tulis entry ni tapi tak berkesempatan nak tulis,so hari ni aku nak share dengan korang semua.Zaman sekarang ni kalau nak beli semua beli online je kan,tersangatlah mudah.Tapi masih terdapat juga manusia yang tak bertanggujawab yang nak dapat keuntungan dengan menipu.Bagi aku, aku lebih suka beli barang yang nampak depan mata,barulah rasa puas bila beli tu kan.Apa pun aku nak kongsi satu page kat FB iaitu KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG MENIPU & MAKAN DUIT HARAM! yang mendedahkan online shop yang menipu.
Aku suggest korang yang nak beli barang kat FB tu boleh tengok page ni bukan apa mana tau online shop yang korang nak beli tu menipu.Kalau korang tengok kat page ni banyak sangat penipuan yang berlaku.kadang-kadang rasa takut nak beli online.Tapi tak semua online shop yang macam tu,Ada juga penjual yang kena tipu haishh macam-macam kes kan.Mungkin kalau amount yang kecik kita boleh halalkan lagi tapi kalau amount yang besar macam mana? menangis tak berlagu lah jawabnya.
Kalau boleh sebelum nak beli barang melalui online tu, tak kiralah sama ada yang mahal atau pun murah korang usha-usha dulu jangan main beli je.Contohnya beli h.p secara online bila dah sampai tengok-tengok h.p buruk.Kalau ia berkaitan dengan ubat-ubatan pulak korang cek lah dekat kkm dulu.Yang ini lagi bahaya sebab berkaitan dengan organ badan.Lagi-lagi negara kita ni banyak bahan tiruan.
my tip kalau dah tertipu korang boleh report dekat pengguna [SINI]
*aku penah buat aduan ni kat pengguna dalam masa 3 hari berkerja kalau tak silap dorang akan contact kita.
nak tip lagi? boleh tengok [SINI],[SINI] dan [SINI]
5 comments:
takut nak beli secara online. salah satu fktor adalah menipu
setuju sangat.
lagi best kalau beli sendiri. boleh try kat badan then tengok seswai ke takk...
penipuan kat malaysia nie memang menakutkan.. huhuh
ena kdg2 beli juga melalui on9.. tapi kalu bab2 ubatan ni, ena better beli depan mata dan dapat pandangan baik dari orang lain...
btw, ena lebih selesa beli sesuatu brg yg ada didepan mata berbanding beli secara on9 ni
dkna pernah beli barang online..ada yang rasa kene tipu sikit2.. huhuu tapi snetiasa berhati2 :)
AWAK MENANG !!!! SILA TUNTUT SEGERA SEBELUM 9/12/12 PADA PUKUL 2.00 PM JIKA TIDAK AKAN DITUKAR PEMENANG :)
http://rahasiabelogaku.blogspot.com/2012/12/tahniah-pemenang-quick-giveaway-by.html
Post a Comment