dearsuperduperstar.blogspot.com sherlyanna-angiela.blogspot.com kauilhamkusakinah.blogspot.com najahmustapa.blogspot.com dakwahmahabbah.blogspot.com aderakukeysah.blogspot.com wawarosli.blogspot.com miszfarahanis.blogspot.com nazirahnyerr.blogspot.com superdreamland.blogspot.com

Nuffnang

Friday, 25 January 2013

Homemade twisties (mesti cuba)

Assalamualaikum..


Hello semua apa khabar? hope semua sihat..esok cuti apa rancangan korang? ha pada yang duduk kat rumah tu apa kata korang cuba buat twisties...Macam gambar kat bawah ni.... Senang je tau..





Mula tu terkejut juga eh boleh buat sendiri ke.. bila google resepi lah senang je nak buat.. Kredit untuk blog NI sebab aku tengok resepi dari situ hahahaha..


Bahan-bahan
- 1/3 keping laksa kering
- 20-22 sudu besar nestum original
- 2 sudu besar serbut pati ayam tumix (secukup rasa pun boleh)
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Yang aku buat ni semangkuk laksa kering and bahan-bahan yang lain semua aku letak separuh.Ehemm ehemm maklumlah baru belajar nak buat hehehe.So buatlah sikit-sikit dulu kang tak jadi membazir pulak kan..

Cara-cara :


Patahkan laksa jadi kecik-kecik


 Panaskan minyak..biar betul-betul panas ye..lepas tu goreng laksa tu..(macam goreng keropok)


 Kisar nestum & serbuk pati ayam sehingga halus....kemudian   
campuran yang dah dikisar di letak bersama dengan laksa yang digoreng ke dalam bekas bertutup..
goncangkan sampai serbuk sebati dengan laksa



 Tadaaa...dah siap....

ni perisa ayam


ni perisa kari just tambah serbuk kari masa nak kisar tu..



Ni bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah. Nak sedap lagi korang boleh campur cheese powder.




Okey selamat mencuba

17 comments:

hana hadi said...

waaah xsangka boleh buat sendiri

Unknown said...

nnti bole laa cuba

Fatin Diana said...

ehhh? boleh eh? baru tahu

Unknown said...

Eh de resepi ni..tak tau pulak..nanti nak try

Unknown said...

Wah wah ! Hebat nihhh . Kt dlm peti ade cheese powder . Leh buat perisa cheese !!

Anonymous said...

wah... igtkn beger je boleh wat sendiri... twistis pon boleh wat sndri...eheheh

Ticer Syah said...

woahooo.. ini menarik.. bole cuba nih.. haha

fieda said...

wah..boleh cuba ni..

PCL said...

wah senang sangat nih..mesti cuba esok. thnks.

nyna amani said...

Wah, first time dengar resepi ni. Bahan pun simple je!

Unknown said...

wah nak cuba laa nanti..mcm best jek..senang lak tu..

Prince of Noob said...

buat twisties sendiri? ni first time tengok... hebat nya huhuhu

Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

wahh nmpak sedap n senang je ek dear..

Lee's said...

wah, boleh buat sendiri rupanya~~ :D

Meuz said...

ain, sedap ke tak ni? cmne rasa dia?

Unknown said...

haha.
power juga ni..boleh cuba..

Ca Ezah said...

hehe..tqisties pon leh wat sendiri ea... :)